Followers

Tuesday 4 February 2020

Everything Is Knowledge and Value





Hai , Selamat Datang Ke Story Of My Life . 
So harini sis nak kongsi tentang Movie yang sis
baru tonton iaitu , The Karate Kid ( 2010 ) 
So filem ini menceritakan sebuah keluarga yang
baru berpindah ke China , watak utama filem ini adalah
Jaden Smith , seorang anak kecil yang selalu dibuli oleh rakan sebayanya .
Jaden Smith mempunyai tabiat yang buruk iaitu suka meletakkan pakaian nya 
di merata - rata apabila pulang dari sekolah . 
Pada suatu hari , Jaden Smith telah dibuli dengan teruk , dan dia dibantu 
oleh seorang Pembaiki Paip yang dilakonkan oleh Jackie Chan . Diceritakan filem ini , 
Jackie Chan menjadi guru Kungfu kepada Jaden Smith  . Jackie Chan telah mengubati 
luka Jaden Smith dengan cara pengubatan tradisional . Sejak kejadian itu , Jaden ingin belajar
& mengenali erti Kungfu . Namun , pada awalnya Jackie Chan menolak hasrat Jaden yang ingin berguru dengannya tapi keadaan berubah apabila Jackie Chan bertemu dengan ahli kungfu yang 
merupakan guru kepada pelajar yang membuli Jaden Smith . 
Cheng ( Kaki Buli ) telah mencabar Jaden Smith untuk berlawan dengannya di perlawanan Kungfu Tournament , Jackie Chan mengajar ilmu kugfu yang dimilikinya kepada Jaden . Jaden berhadapan dengan beberapa kaedah yang pelik . Contohnya kaedah '" Pakai , Buka , Buang , Sangkut " jaket
miliknya . Pada mulanya , Jaden berasa kaedah ini adalah perkara yang sia - sia & tidak berunsurkan Kungfu . Jaden mula memberontak & dia ingin mengundur diri . Hasratnya ditentang , Jackie Chan mula menunjukkan skill yang diajarnya mempunyai isi yang tersirat . Jaden mula yakin & dia meneruskan hasratnya yang ingin mengenali Kungfu .
Akhirnya , Jaden memasuki kejohanan tersebut & dia bertemu dengan Cheng pada peringkat akhir.
, Jaden dibelasah teruk oleh seorang anak murid Master Li sehingga kakinya cedera teruk. Walaubagaimanapun, Jaden tidak patah semangat untuk terus berhadapan dengan satu bentuk ketakutan dalam dirinya dan berusaha bangkit bagi membuang ketakutan tersebut dengan cara menewaskan Cheng. Dengan cara itu, Jaden pasti tidak akan lagi menjadi mangsa buli terutamanya daripada dibuli Cheng .Dengan semangat yang dimilikinya, Jaden akhirnya berjaya menjuarai kejohanan tersebut. Dia memberi penghargaan kepada Jackie Chan & dia mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah mengajarnya Erti Kungfu yang sebenar . 

The moral of the story is , manusia diberi dua pilihan ketika GAGAL , yakni adalah terus terbaring
kegagalan ataupun berusaha untuk bangun dari kegagalan !

No comments:

Post a Comment